𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐌𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊. 𝐊𝐄𝐁. 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐉𝐄𝐍𝐔𝐍, 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐌𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊. 𝐊𝐄𝐁. 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐉𝐄𝐍𝐔𝐍, 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆

.

20 OGOS 2023 – Lawatan tapak bagi Projek Pembinaan Bangunan Tambahan 5BD Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Di Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun, Pendang Kedah Darul Aman yang telah dihadiri oleh Tuan Jurutera Daerah Pendang, Ir. Ts. Shafiz Sham Bin Hj. Md Nor selaku Pegawai Penguasa pada 20 Ogos 2023. Turut hadir bersama Tuan Jurutera Bangunan, Penolong Jurutera, Penolong Juruukur Bahan dan Pegawai dari Bahagian Bangunan, JKR Pendang.
.
Kerja-kerja Pembinaan Bangunan Tambahan 5BD Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Di Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun ini dikawal selia oleh pegawai penyelia dari Bahagian Bangunan, JKR Daerah Pendang.
.
Diharapkan dengan kemudahan infrastruktur yang sedang dibina ini akan dapat memberi keselesaan kepada pihak sekolah dan para pelajar semasa sesi pembelajaran di sekolah berlangsung di masa akan datang seterusanya dapat memberi impak yang positif kepada penduduk dan rakyat setempat.
.
.
.