MAJLIS PENYERAHAN BAGI PROJEK DAIF KEDAH 2020 – BANGUNAN SEK. KEB. SYED IBRAHIM

MAJLIS PENYERAHAN BAGI PROJEK DAIF KEDAH 2020 – BANGUNAN SEK. KEB. SYED IBRAHIM

.

Projek Daif Kedah 2020 – Membina Bangunan Gantian Kelas Pra Sekolah,Bilik Kemahiran Hidup Dan Bilik Kaunseling, SK Syed Ibrahim
.
Majlis Penyerahan bagi projek Daif Kedah 2020 – Membina Bangunan Gantian Kelas Pra Sekolah,Bilik Kemahiran Hidup Dan Bilik Kaunseling, SK Syed Ibrahim yang diadakan pada 7 Jun 2023. Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pendang Tuan Ahmad Bashori Bin Rahim Dan Jurutera Daerah JKR Pendang Ir. Ts. Shafiz Sham Bin Haji Md Nor Shafiz Sham Md Nor , Turut hadir sama menyaksikan Majlis berkenaan adalah Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Guru Besar Dan Pihak Sekolah Kebangsaan Syed Ibrahim serta Mantan Guru Besar, Cikgu Mahazil Dan Cikgu Zaini.
.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam menyiapkan projek ini termasuklah JKR Ibu Pejabat Cawangan Kuala Lumpur, Pihak HOPT JKR Bahagian Bangunan Kedah, pihak HODT RBAS, Wakil Pegawai Penguasa JKR Arkitek, JKR Elektrik, JKR Mekanikal, JKR Daerah Pendang serta pihak Kontraktor Utama Ir Global Sdn. Bhd. dan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
.
.
GALERIΒ 
.
.
.
.
.
.
. .