MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI JKR PENDANG

MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI JKR PENDANG

.

11 Januari 2023 – Satu Majlis Perhimpunan Pagi Tuan Jurutera Daerah bersama pegawai serta kakitangan JKR Daerah Pendang telah diadakan sebagai satu platform bagi menyampaikan hasrat dan amanat Tuan Jurutera Daerah kepada seluruh kakitangan.
Antara intipati yang disampaikan adalah integriti penjawat awam yang harus dititikberatkan dalam memastikan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh agar dapat membendung salah laku serta perlanggaran tatakelakuan dan etika jabatan.
Di samping itu,pengurusan projek yang akan atau sedang dilaksanakan di Daerah Pendang harus berjalan dengan lancar dan mengikut segala garis panduan serta prosedur yang telah ditetapkan.
Tuan Jurutera Daerah juga memohon seluruh kakitangan agar menjaga tatasusila sebagai penjawat awam di mana jua berada.
Akhir kata,Tuan Jurutera Daerah berharap seluruh kakitangan JKR Pendang akan terus cemerlang serta komited dalam melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan dan menjaga nama baik jabatan.
.