Wawasan, Misi dan Strategi Korporat
Wawasan
Untuk Menjadi Agensi Terunggul Dalam Pengurusan Hutan Tropika Secara Berkekalan
Misi
Untuk Mengurus dan Membangunkan Sumber Hutan Secara Berkekalan Serta Mengoptimumkan Sumbangannya Kepada Pembangunan Sosio-Ekonomi Negara.
Objektif
- Sejajar dengan prinsip-prinsip pengurusan hutan berkekalan yang menjurus ke arah wawasan dan misi diperingkat negara, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah menetapkan objektif seperti berikut:
- Untuk menguruskan sumber hutan secara berkekalan bagi pengeluaran hasil yang berkekalan dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum dan bersesuaian dengan keperluan alam sekitar.
- Untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan.
- Untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan.
- Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat hutan, air, tanah dan penggunaannya secara berkekalan.
- Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemerosesan berasaskan keluaran hutan serta menambah aktiviti-aktiviti hiliran dengan nilai tambah yang tinggi.
- Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan.
- Untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat.
- Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan Negeri, pertukaran wang asing dan peluang-peluang pekerjaan.
Strategi Korporat
- Mengekalkan Keluasan Hutan Simpanan Kekal sedia ada dan meningkatkan keluasannya.
- Melaksanakan Kriteria, Petunjuk, Aktiviti dan Piawaian Pelaksanaan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (MC&I) dan MS ISO 9001:2008.
- Melaksanakan Rancangan Pengurusan Hutan secara intensif dan sistematik serta mewujudkan Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT) perhutanan yang terkini untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada hasil negeri.
- Mengurus kawasan pengeluaran, pemeliharaan dan perlindungan hutan berdasarkan kelas kegunaannya di samping menguatkuasakan undang-undang hutan yang cekap lagi berkesan.
- Menyedia pelan induk untuk memajukan hutan lipur di samping mempromosikannya sebagai destinasi pelancongan
- Meningkatkan teknologi mesra alam dalam pengusahasilan serta pengguna sisa-sisa hutan dan kilang selain menggalakkan pemprosesan hiliran keluaran hutan.
- Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan hutan melalui penyebaran maklumat-maklumat perhutanan.
- Menggalakan serta menyokong program hutan tani dan aktiviti perhutanan bandar.