Portal Rasmi PTG Kedah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah
BM | ENG
January, 2025
Ubah Syarat (A)
Pengurusan Tertinggi
Nurul Azhani binti Shaharim, BCK.
Ketua Penolong Pengarah Tanah Dan Galian (Pembangunan)
Amirah Khairiah binti Abdul Latip, AMK., BCK.
Timbalan Pengarah (Pembangunan)
Mohd Zahir bin Md Naki Yuddin
Penolong Pengarah Tanah Dan Galian (Pembangunan/ A,M,Y)
Objektif
- Memastikan setiap aktiviti unit dilaksanakan mengikut prosedur dan undang-undang telah ditetapkan
- Memastikan projek-projek pembangunan yang dilaksanakanĀ memberi impak yang positif kepada ‘Stakeholder’
- Meningkatkan penggunaan tanah yang optima bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan adalah secara sistematik
Fungsi
- Memproses Permohonan Ubah Jenis Kegunaan Tanah, Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula Tanah, Pecahan Bahagian, Pecahan Sempadan, Cantuman, Serah Keseluruhan Tanah dan Serah Sebahagian Tanah yang Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri(PBN)
- Memproses Permohonan Ubah Jenis Kegunaan Tanah, Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula Tanah, Pecahan Bahagian, Pecahan Sempadan, Cantuman, Serah Keseluruhan Tanah dan Serah Sebahagian Tanah Berkeluasan 100 Ekar/40 Hektar dan ke atas yang Diluluskan Oleh Pihak Berkuasa Negeri(PBN) (Permohonan Tanah Ladang)
- Memproses Permohonan Pecahan Bahagian Berkeluasan Kurang 1 Ekar yang Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri(PBN)
- Memproses Permohonan Pecahan Bahagian, Serah Keseluruhan Tanah dan Serah Sebahagian Tanah Berkeluasan Lebih 25 Ekar dan ke atas yang Diluluskan Oleh Pihak Berkuasa Negeri(PBN)
- Memproses Permohonan Ubah Syarat Nyata Tanah Dari Pertanian ke Pertanian Berdasarkan Hakmilik (PTG) dan Keluasan Tanah (10 Ekar hingga 24 Ekar) yang Diluluskan oleh Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah
- Memproses Permohonan Rayuan/Pindaan Semula keputusan Pihak Berkuasa Negeri yang Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri(PBN)
Piagam Pelanggan
- Menerima dan memproses permohonan Ubah Jenis Kegunaan Tanah, Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula Tanah, Pecahan Bahagian, Pecahan Sempadan, Cantuman, Serah Keseluruhan Tanah dan Serah Sebahagian Tanah untuk di hantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah - 60 Hari Bekerja(Tertakluk Kepada Dokumen Yang Lengkap)
- Menerima dan Memproses permohonan Ubah Jenis Kegunaan Tanah, Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula Tanah, Pecahan Bahagian, Pecahan Sempadan, Cantuman, Serah Keseluruhan Tanah dan Serah Sebahagian Tanah yang berkeluasan 100 Ekar/40 Hektar untuk diangkat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Ladang, Kerajaan Negeri Kedah - Tertakluk Kepada Tarikh Mesyuarat dan Dokumen Yang Lengkap
- Menerima dan memproses permohonan Pindah Milik Tanah Ladang dan Merujuk Permohonan ke Jabatan Tanah Daerah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Pertanian untuk Komen dan Laporan Am Tanah Jabatan berkenaan - Tertakluk Kepada Tarikh Mesyuarat dan Dokumen Yang Lengkap
- Menerima dan memproses Tukar Ganti Plot Kuota Melayu untuk dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah - 90 Hari Bekerja(Tertakluk Kepada Dokumen Yang Lengkap)
- Menerima dan Memproses Permohonan Rayuan/Pindaan Semula keputusan Pihak Berkuasa Negeri untuk dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah - 30 Hari Bekerja(Tertakluk Kepada Dokumen Yang Lengkap)
- Menerima dan Memproses Pewartaan Kawasan Lapang di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara Tahun 1965 dalam Kawasan Taman Perumahan untuk dihantar ke Bahagian Pewartaan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah - 30 Hari Bekerja(Tertakluk Kepada Dokumen Yang Lengkap)
- Menerima dan memproses permohonan dalam sistem i-UJKT untuk dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah - 85 Hari Bekerja(Tertakluk Kepada Dokumen Yang Lengkap)
- Menerima dan memproses Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah untuk makluman pemohon dan Pejabat Tanah Daerah - 7 Hari Bekerja