Portal Rasmi PTG Kedah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah
BM | ENG
December, 2024
Pelupusan (K)
Pengurusan Tertinggi
AMIRAH KHAIRIAH BINTI ABDUL LATIP, AMK., BCK.
Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan)
DR. MUHAMMAD UZAIR BIN AZIZAN
Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan)
MOHAMAD RIZAL BIN RAMLI
Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan)
Objektif
- Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan berhubung dengan Pelupusan dan Pemberimilikan Tanah.
- Memastikan supaya pemberian tanah dapat disegerakan dalam masa yang singkat dan berkesan.
- Memastikan setiap prosedur kerja dilaksanakan mengikut Undang –Undang yang ditetapkan oleh Kanun Tanah Negara (KTN) dan Kaedah-Kaedah Tanah Kedah Darul Aman 2018.
- Memberikan perkhidmatan yang telus, adil dan saksama kepada orang awam yang berurusan dengan unit ini.
Fungsi
- Memproses permohonan tanah kerajaan secara pemberimilikan bagi Individu, Badan Kerajaan, Badan Berkanun dan syarikat.
- Memproses permohonan tanah kerajaan secara Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi Individu, Badan Kerajaan, Badan Berkanun dan syarikat.
- Memproses permohonan tanah kerajaan secara perizaban di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara.
- Memproses permohonan tebus guna laut.
- Memproses permohonan sambung tempoh pajakan dibawah Seksyen 90A Kanun Tanah Negara.
- Memproses permohonan pembatalan tanah simpanan (RC) di bawah Seksyen 64 Kanun Tanah Negara.
- Memproses permohonan Sijil Pertanian oleh orang-orang Siam di bawah Enakmen Simpanan Melayu 1930.
- Memproses permohonan lot kediaman Pegawai-Pegawai Kerajaan (Tanah Anugerah).
- Memproses permohonan tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.
- Memproses pewartaan Hutan Simpan.
- Memproses permohonan hak milik sambungan sebelum Kanun Tanah Negara 1965.
- Menerima dan memproses permohonan tanah kerajaan secara pemberimilikan oleh individu di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara untuk pertimbangan Jawatankuasa Tanah Negeri Kedah – Syarat pertanian bawah 10 ekar (4.04 hektar) - 4 Kali Setahun (Tertakluk kepada fail dan tarikh)
- Permohonan Tanah Kerajaan Secara Pemberimilikan Oleh Individu Di Bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara - 60 hari bekerja (tertakluk kepada permohonan yang lengkap).
- Permohonan Tanah Kerajaan Secara Pemberimilikan Oleh Badan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan Dan Syarikat Di Bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara - 60 hari bekerja (tertakluk kepada permohonan yang lengkap).
- Permohonan Tanah Kerajaan Secara Lesen Pendudukan Sementara Di Bawah Seksyen 65 Kanun Tanah Negara - 60 hari bekerja (tertakluk kepada permohonan yang lengkap).
- Permohonan Tanah Kerajaan Secara Perizaban Di Bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara - 60 hari bekerja (tertakluk kepada permohonan yang lengkap).
- Permohonan Tebus Guna Laut -60 hari bekerja (tertakluk kepada permohonan yang lengkap).
- Permohonan Lanjutan Tempoh Pajakan Di Bawah Seksyen 90A Kanun Tanah Negara - 60 hari bekerja (tertakluk kepada permohonan yang lengkap).
- Permohonan Pembatalan Tanah Simpanan (RC) Di Bawah Seksyen 64 Kanun Tanah Negara Dan Pemberimilikan Di Bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara - 60 hari bekerja (tertakluk kepada permohonan yang lengkap).
- Permohonan Tanah Kerajaan Untuk Lot Kediaman Oleh Pegawai-Pegawai Kerajaan (Tanah Anugerah) - 60 hari bekerja (tertakluk kepada permohonan yang lengkap).
- Permohonan Tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 - 60 hari bekerja (tertakluk kepada permohonan yang lengkap).
- Permohonan Untuk Pelanjutan Tempoh Borang 5A Di Bawah Kaedah 7 Kaedah-Kaedah Tanah Kedah 2018 - 60 hari bekerja (tertakluk kepada permohonan yang lengkap).
- Menerima dan memproses permohonan hak milik sambungan sebelum Kanun Tanah Negara 1965 - 60 hari bekerja (tertakluk kepada permohonan yang lengkap).
- Menerima Dan Memproses Permohonan Rayuan / Pembetulan / Pindaan Semula Keputusan Pihak Berkuasa Negeri - 45 hari bekerja (tertakluk kepada permohonan yang lengkap).
- Menerima Dan Memproses Permohonan Tanah Kerajaan Secara Lesen Pendudukan Sementara Di Bawah Seksyen 65 Kanun Tanah Negara – Tapak Menara Dan Papan Iklan Untuk Kelulusan Pengarah Tanah Dan Galian - 30 hari bekerja (tertakluk kepada permohonan yang lengkap).
- Menerima Dan Memproses Permohonan Sijil Pertanian Siam Di Bawah Seksyen 8(1)(B) Enakmen 63 Enakmen Simpanan Melayu 1930 Untuk Kelulusan Pengarah Tanah Dan Galian - 30 hari bekerja (tertakluk kepada permohonan yang lengkap).
- Menerima Dan Memproses Permohonan Pewartaan Pembatalan Kawasan Hutan Simpan Di Bawah Enakmen 13(1)(B) Akta Pemakaian Hutan - 30 hari bekerja (tertakluk kepada permohonan yang lengkap).
- Menerima Dan Memproses Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Kepada Pentadbir Tanah Yang Berkenaan - 14 hari bekerja (tertakluk kepada permohonan yang lengkap).
Memproses Permohonan Pewartaan Di Bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara - 14 hari bekerja (tertakluk kepada permohonan yang lengkap).