Portal Rasmi PTG Kedah

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah
November, 2024

Galian & Bahan Batuan

Pengurusan Tertinggi

Amirah Khairiah Binti Abdul Latip

Amirah Khairiah Binti Abdul Latip

Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan)
Nurul Azhani Binti Shaharim

Nurul Azhani Binti Shaharim

Ketua Penolong Pengarah Tanah Dan Galian (Pembangunan)
Dr. Muhammad Uzair Bin Azizan

Dr. Muhammad Uzair Bin Azizan

Penolong Pengarah Tanah Dan Galian (Pembangunan)
Mohamad Rizal Bin Ramli

Mohamad Rizal Bin Ramli

Penolong Pengarah Tanah Dan Galian (Pembangunan)

Objektif

SEKSYEN GALIAN DAN BAHAN BATUAN

Memproses permohonan  Galian berdasarkan peruntukan dibawah Enakmen Mineral (Kedah) 2004, Peraturan-peraturan Mineral (Kedah) 2007, Kanun Tanah Negara, Pekeliling-pekeliling Pengarah Tanah Dan Galian, lain-lain Undang-undang dan Dasar Kerajaan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Memproses permohonan  Bahan Batuan berdasarkan peruntukan dibawah Kanun Tanah Negara, Pekeliling-pekeliling Pengarah Tanah Dan Galian, lain-lain Undang-undang dan Dasar Kerajaan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Fungsi

Menguruskan permohonan berkaitan Galian dan Bahan Batuan di Negeri Kedah.

Piagam Pelanggan

Permohonan Galian (Tenemen Mineral)

  1. Menerima dan memproses permohonan Lesen Mendulang mengikut Seksyen 28, Enakmen Mineral (Kedah) 2004 dan Peraturan-peraturan Mineral (Kedah) 2007 - 80 Hari.
  2. Menerima dan memproses permohonan Lesen Mencarigali/Penjelajahan mengikut Seksyen 41, Enakmen Mineral (Kedah) 2004 dan Peraturan-peraturan Mineral (Kedah) 2007 - 80 Hari.
  3. Menerima dan memproses permohonan Pajakan Melombong mengikut Seksyen 62, Enakmen Mineral (Kedah) 2004 dan Peraturan-peraturan Mineral (Kedah) 2007 - 80 Hari.
  4. Menerima dan memproses permohonan Lesen Melombong Tuan Punya mengikut Seksyen 81, Enakmen Mineral (Kedah) 2004 dan Peraturan-peraturan Mineral (Kedah) 2007 - 80 Hari.
  5. Menerima dan memproses permohonan Lesen Membeli dan Menjual Mineral - 30 Hari.

Permohonan Bahan Batuan

  1. Menerima dan memproses Permohonan Pengambilan dan Pengeluaran Bahan Batuan (Borang 4B) mengikut Seksyen 69 Kanun Tanah Negara 1965 dan Kaedah-kaedah Tanah Kedah 2018 - 80 Hari.