Portal Rasmi PTG Kedah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah
BM | ENG
December, 2024
Perundangan
Pengurusan Tertinggi
DATO' HAJI MUHAMAD AROF BIN DARUS
DSDK., SDK., AMK., BCK.
Pengarah
(KOSONG)
Pegawai Undang-Undang
Objektif
- Memberi perkhidmatan kelas pertama dalam pentadbiran tanah dan memastikan segala permasalahan dapat ditangani dengan cemerlang selari dengan moto Kerajaan Negeri.
- Memberi nasihat perundangan yang berkualiti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Malaysia kepada Jabatan.
Fungsi
- Memberi nasihat undang-undang kepada Pengarah Tanah dan Galian (PTG) dan Pentadbir Tanah Daerah mengenai undang-undang tanah.
- Menyedia dan merangka deraf undang-undang, pindaan pada undang-undang dan perundangan subsidiari berkaitan seperti Kaedah Tanah Negeri , Akta Hakmilik Strata, dan lain-lain.
- Meneliti dan memberi arahan kepada kertas-kertas siasatan mengenai kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara (56 tahun 1965), Akta Hakmilik Strata, Enakmen Mineral Negeri dan lain-lain.
- Membantu Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah (PUUNK) menyediakan kertas-kertas kuasa dan dokumen yang berkaitan mengenai kes-kes sivil yang melibatkan undang-undang tanah.
- Menyemak deraf-deraf perjanjian, Memorandum atau lain-lain dokumen undang-undang.
Piagam Pelanggan
- Memberi pandangan dan nasihat perundangan kepada Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir Tanah Daerah mengenai Undang-undang tanah.
- Membuat semakan awal bagi deraf perjanjian atau memorandum yang melibatkan pentadbiran tanah Negeri Kedah.
- Menyediakan dan merangka deraf undang-undang atau pindaan undang-undang subsidiari berkaitan Kaedah-Kaedah Tanah Negeri, Kaedah-Kaedah Di bawah Akta Hakmilik Strata dan lain-lain.
- Menyediakan kertas-kertas klausa dan dokumen berkaitan kes-kes sivil yang melibatkan undang-undang tanah.