Jabatan

Profil

OBJEKTIF

Menyediakan infrastruktur jalanraya, bangunan dan perkhidmatan kejuruteraan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang menumpukan kepada:

  1. Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui dalam Q-plan dengan varian 10%.
  2. Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%.
  3. Membelanjakan 100% peruntukan tahunan dengan varian 5%.
  4. Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kehendak pelanggan kepada tahap melebihi 70% (berdasarkan kepada Borang Kajian Kepuasan Pelanggan).
  5. Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan dengan memastikan kurang daripada 10 jenis aduan bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut:
    • Kefungsian produk sebagaimana direkabentuk.
    • Keselamatan penggunaan.
    • Kemudahan senggaraan.
    • Mutu ketukangan (Workmanship).

FUNGSI

FUNGSI BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

  1. Mengurus hal ehwal pentadbiran.
  2. Mengurus hal ehwal maklumat dan pembangunan personal kakitangan.
  3. Mengurus hal ehwal kewangan dan perbelanjaan peruntukan kerajaan.
  4. Penyediaan laporan-laporan berkaitan.

FUNGSI BAHAGIAN BANGUNAN

  1. Merancang, melaksana dan menyelia projek-projek bangunan negeri dan persekutuan.
  2. Merancang, melaksana dan menyenggara bangunan-bangunan negeri dan persekutuan.
  1. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada Jabatan dan Agensi Kerajaan yang memerlukan.
  1. Membantu di dalam penyedian kelengkapan untuk persiapan upacara majlis rasmi

FUNGSI BAHAGIAN JALAN

  1. Merancang,melaksana dan menyelia projek-projek jalan dan jambatan negeri dan
  2. Merancang, melaksana dan menyeggara jalan negeri .
  3. Menyelaras dan memproses Pembangunan Tepi Jalan.
  4. Penyediaan laporan-laporan berkaitan.

FUNGSI BAHAGIAN FASILITI

  1. Menerapkan dasar perubahan dan tranformasi terhadap organisasi melalui auditan pentadbiran kontrak dan sumber manusia.
  2. Mengurus dan Menyelaras Sistem Pengurusan Bersepadu.
  3. Pengurusan sumber manusia, termasuk merancang, mengenal pasti dan melaksana latihan teknikal dan kompetensi sokongan.
  4. Mengurus, mengendali dan memberi khidmat sokongan teknologi maklumat, sumber

FUNGSI BAHAGIAN KONTRAK

  1. Menguruskan dokumen-dokumen berkaitan perolehan kerja Jabatan seperti Dokumen Meja Tender, Sebutharga dan sebagainya.
  2. Urusetia kepada Lembaga Sebutharga Daerah.
  3. Penyedian laporan-laporan berkaitan.

Visi

Kami akan menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi pembangunan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

Misi

JKR menyumbang kepada pembangunan negara melalui :

    • Membantu pelanggan dalam menyampaikan hasil polisi dan perkhidmatan melalui kerjasama rakan kongsi strategik
    • Pemiawaian proses-proses dan sistem demi penyampaian hasil yang konsisten
    • Menyediakan pengurusan aset dan projek yang berkesan dan inovatif
    • Memperkasa kompetensi kejuruteraan sedia ada

Sejarah JKR Daerah Sik

JKR Daerah Sik sebelum ini merupakan gabungan diantara JKR Daerah Kuala Muda yang diberi nama JKR Daerah Kuala Muda / Sik. Walaubagimanapun, pada tahun 2017, JKR Kuala Muda / Sik telah dipecahkan kepada JKR Daerah Kuala Muda dan JKR Daerah Sik. Oleh hal yang demikian, bermula pada tahun 2017, JKR Daerah Sik telah bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pembangunan di Daerah Sik.

JKR Daerah Sik adalah sebuah jabatan diĀ  bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang bertanggungjawab ke atas projek-projek untuk Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Ia juga merupakan sebuah jabatan yang memberi khidmat kepakaran teknikal kepada Kerajaan Negeri dan Agensi-Agensi Kerajaan yang lain.

JKR Daerah Sik dipertanggungjawabkan bagi merialisasikan aspirasi kerajaan dalam mempertingkatkan mutu infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam serta prasarana yang lain seperti jalan, bangunan dan lain-lain.