Jabatan

Profil

Menyediakan infrastruktur jalanraya, bangunan dan perkhidmatan kejuruteraan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang menumpukan kepada:

 

  • Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui dalam Q-plan dengan varian 10%.
  • Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%.
  • Membelanjakan 100% peruntukan tahunan dengan varian 5%.
  • Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kehendak pelanggan kepada tahap melebihi 70% (berdasarkan kepada Borang Kajian Kepuasan Pelanggan).
  • Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan dengan memastikan kurang daripada 10 jenis aduan* bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut:.
  • Kefungsian produk sebagaimana direkabentuk.
  • Keselamatan penggunaan.
  • Kemudahan senggaraan.
  • Mutu ketukangan (Workmanship).

FUNGSI BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

 

  1. Mengurus hal ehwal pentadbiran.
  2. Mengurus hal ehwal maklumat dan pembangunan personal kakitangan.
  3. Mengurus hal ehwal kewangan dan perbelanjaan peruntukan kerajaan.
  4. Penyediaan laporan-laporan berkaitan.

FUNGSI BAHAGIAN BANGUNAN

 

  1. Merancang, melaksana dan menyelia projek-projek bangunan negeri dan persekutuan.
  2. Merancang, melaksana dan menyenggara bangunan-bangunan negeri dan

persekutuan.

  1. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada Jabatan dan Agensi Kerajaan yang

memerlukan.

  1. Membantu di dalam penyedian kelengkapan untuk persiapan upacara majlis rasmi

FUNGSI BAHAGIAN JALAN

 

  1. Merancang,melaksana dan menyelia projek-projek jalan dan jambatan negeri dan
  2. Merancang, melaksana dan menyeggara jalan negeri .
  3. Menyelaras dan memproses Pembangunan Tepi Jalan.
  4. Penyediaan laporan-laporan berkaitan.

 

FUNGSI BAHAGIAN FASILITI

 

  1. Menerapkan dasar perubahan dan tranformasi terhadap organisasi melalui auditan pentadbiran kontrak dan sumber manusia.
  2. Mengurus dan Menyelaras Sistem Pengurusan Bersepadu.
  3. Pengurusan sumber manusia, termasuk merancang, mengenal pasti dan melaksana latihan teknikal dan kompetensi sokongan.
  4. Mengurus, mengendali dan memberi khidmat sokongan teknologi maklumat, sumber

 

FUNGSI BAHAGIAN KONTRAK

 

  1. Menguruskan dokumen-dokumen berkaitan perolehan kerja Jabatan seperti Dokumen Meja Tender, Sebutharga dan sebagainya.
  2. Urusetia kepada Lembaga Sebutharga Daerah.
  3. Penyedian laporan-laporan berkaitan.

 

  • Pengenalan
  • Fungsi

Daerah Langkawi terletak di Negeri Kedah terdiri daripada 99 buah pulau dimana hanya 3 daripadanya didiami penduduk iaitu Pulau Langkawi, Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba. Keluasan keseluruhan Daerah Langkawi adalah 47,848 kilometer persegi.

Daerah Langkawi terbahagi kepada 6 mukim iaitu Mukim Kuah, Mukim Padang Matsirat, Mukim Ayer Hangat, Mukim Bohor, Mukim Ulu Melaka serta Mukim Kedawang. Daerah Langkawi juga mempunyai 1 kawasan parlimen iaitu parlimen Langkawi manakala 2 kawasan dun iaitu dun Kuah dan Ayer Hangat. Jumlah penduduk di daerah Langkawi dianggarkan seramai 70,000 orang.

Untuk memenuhi keprluan penduduk Daerah Langkawi, JKR Daerah Langkawi telah ditubuhkan pada akhir 70-an dan mula beroperasi di bekas kediaman Pegawai Daerah Pertama yang telah diubahsuai menjadi pejabat. Selepas itu JKR Daerah Langkawi beroperasi sementara di Aras 5, Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Persiaran Putra,Kuah,Langkawi. Pada masa ini,JKR Daerah Langkawi telah mempunyai bangunan sendiri yang terletak di Jalan Ayer HAngat telah siap pada tahun 2009 dan mula beroperasi pada awal tahun 2010.

Pada masa kini, JKR Daerah Langkawi diketuai oleh Jurutera Daerah Gred J48. Jumlah perjawatan kakitangan negeri JKR Daerah Langakwi yang diluluskan adalah 53 orang manakala pengisian adalah sebanyak 45 orang. Bagi penajawatan Persekutuan ,pengisian bagi JKR Daerah Langkawi adalah sebanyak 8 orang.

Struktur organisasi JKR Daerah Langkawi terbahagi kepada 5 bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran/Kewangan, Jalan, Bangunan,Fasiliti dan Ukur Bahan