Jabatan

Profil

PENGENALAN

JKR Kota Setar terletak di tengah Bandaraya Alor Setar, Negeri Kedah Darul Aman. Kawasan pentadbiran JKR Kota Setar yang meliputi keseluruhan keluasan 422 km² ( 163 batu persegi) Jalan Persekutuan 91.44 km dan Jalan Negeri 256.47 km. Selain penyenggaraan jalan JKR Kota Setar juga bertanggungjawab terhadap pelaksanaan perolehan kerajaan dan penyenggaraan bangunan-bangunan kerajaan.

OBJEKTIF

Menyediakan infrastruktur jalanraya, bangunan dan perkhidmatan kejuruteraan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang menumpukan kepada:

  1. Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui dalam Q-plan dengan varian 10%.
  2. Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%.
  3. Membelanjakan 100% peruntukan tahunan dengan varian 5%.
  4. Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kehendak pelanggan kepada tahap melebihi 70% (berdasarkan kepada Borang Kajian Kepuasan Pelanggan).
  5. Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan dengan memastikan kurang daripada 10 jenis aduan* bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut:
    • Kefungsian produk sebagaimana direkabentuk.
    • Keselamatan penggunaan.
    • Kemudahan senggaraan.
    • Mutu ketukangan (Workmanship).

    FUNGSI

 

FUNGSI BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

 

  1. Mengurus hal ehwal pentadbiran.
  2. Mengurus hal ehwal maklumat dan pembangunan personal kakitangan.
  3. Mengurus hal ehwal kewangan dan perbelanjaan peruntukan kerajaan.
  4. Penyediaan laporan-laporan berkaitan.

 

FUNGSI BAHAGIAN BANGUNAN

 

  1. Merancang, melaksana dan menyelia projek-projek bangunan negeri dan persekutuan.
  2. Merancang, melaksana dan menyenggara bangunan-bangunan negeri dan

persekutuan.

  1. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada Jabatan dan Agensi Kerajaan yang

memerlukan.

  1. Membantu di dalam penyedian kelengkapan untuk persiapan upacara majlis rasmi

 

 

FUNGSI BAHAGIAN JALAN

 

  1. Merancang,melaksana dan menyelia projek-projek jalan dan jambatan negeri dan
  2. Merancang, melaksana dan menyeggara jalan negeri .
  3. Menyelaras dan memproses Pembangunan Tepi Jalan.
  4. Penyediaan laporan-laporan berkaitan.

 

FUNGSI BAHAGIAN FASILITI

 

  1. Menerapkan dasar perubahan dan tranformasi terhadap organisasi melalui auditan pentadbiran kontrak dan sumber manusia.
  2. Mengurus dan Menyelaras Sistem Pengurusan Bersepadu.
  3. Pengurusan sumber manusia, termasuk merancang, mengenal pasti dan melaksana latihan teknikal dan kompetensi sokongan.
  4. Mengurus, mengendali dan memberi khidmat sokongan teknologi maklumat, sumber

 

FUNGSI BAHAGIAN KONTRAK

 

    1. Menguruskan dokumen-dokumen berkaitan perolehan kerja Jabatan seperti Dokumen Meja Tender, Sebutharga dan sebagainya.
    2. Urusetia kepada Lembaga Sebutharga Daerah.
    3. Penyedian laporan-laporan berkaitan.

Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu:

 

Visi

Kami akan menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi pembangunan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

Misi

JKR menyumbang kepada pembangunan negara melalui :

  • Membantu pelanggan dalam menyampaikan hasil polisi dan perkhidmatan melalui kerjasama rakan kongsi strategik
  • Pemiawaian proses-proses dan sistem demi penyampaian hasil yang konsisten
  • Menyediakan pengurusan aset dan projek yang berkesan dan inovatif
  • Memperkasa kompetensi kejuruteraan sedia ada
  • Membangunkan modal insan dan kompetensi-kompetensi baru
  • Berpegang teguh kepada integriti dalam menyampaikan perkhidmatan
  • Membina hubungan yang harmoni dengan komuniti
  • Memelihara persekitaran di dalam penyampaian perkhidmatan

  • Peristiwa Semasa ‘Public Works Department’ Diwujudkan

    Dalam tahun 1858 jawatan Ketua Jurutera bagi Negeri-Negeri Selat telah ditubuhkan. Pada masa itu Singapura merupakan pusat tahanan utama bagi banduan dari jajahan British di seluruh Timur Jauh. Pihak British bergantung pada pihak askar untuk mengisi jawatan jurutera dan doktor. Seorang pegawai askar pasukan kejuruteraan akan ditempatkan untuk mengepalai kerja-kerja awam di setiap jajahan. Berkenaan inilah Mejar McNair telah datang ke Singapura untuk mengisi jawatan tersebut. 

    Pada tahun 1867 Negeri-Negeri Selat telah dijadikan ‘Crown Colony’ dan serentak dengan itu jawatan Penguasa PWD Singapura telah ditukarkan kepada Jurutera Jajahan Negeri-Negeri Selat. Walau bagaimanapun tarikh berkenaan tidak boleh diperkatakan sebagai permulaan PWD kerana pada dasarnya kerja-kerja hanya tertumpu di Singapura sahaja. Hanya selepas lima tahun kemudian iaitu pada tahun 1872, satu jabatan baru dinamakan PWD Negeri-Negeri Selat ditubuhkan.

    Ini adalah titik permulaan JKR sebagai satu organisasi di Malaysia. Mejar J.F.A. McNair yang sebelumnya memegang jawatan Jurutera Eksekutif dan Penguasa Banduan dan juga Jurutera Jajahan Negeri-Negeri Selat dalam tahun 1867 ialah orang pertama menerajui organisasi JKR pada tahun 1872 dengan Kapten Shatterthwaite sebagai Penolong Pertama Jurutera di peringkat Negeri Pulau Pinang.

    Jabatan Ukur yang.telah ditubuhkan pada tahun 1839 telah disatukan dengan pejabat Jurutera Jajahan pada tahun 1871, di bawah polisi penyatuan yang dimula gerakkan oleh Sir Harry Ord, di mana Mejar F.A. McNair telah memegang jawatan tersebut. Beliau telah menyusun semula jabatan pada tahun 1873 dengan menempatkan Kapten W. Innes sebagai Penolong Pertama Jurutera dan Juru Ukur di Negeri Pulau Pinang dan seorang lagi di Melaka.

    Pada tahun 1848 jawatan Penguasa Penjara telah diletakkan di bawah tanggungjawab Jurutera Jajahan para banduan telah digunakan untuk kerja-kerja pembinaan jalan dan bangunan. Jawatan ini dipegang oleh pihak Jabatan Kerja Raya sehingga tahun 1873 di mana pihak Jabatan Penjara mempunyai penguasanya sendiri. 

    Sehingga 31hb. Disember 1931 di Tanah Melayu terdapat dua Jabatan Kerja Raya yang berasingan. Jurutera Jajahan Negeri-Negeri Selat adalah bertanggungjawab bagi Negeri-Negeri Selat manakala Pengarah Kerja Raya, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bagi Negeri-Negeri Bersekutu dan seorang Jurutera dipinjamkan bagi menjalankan tugas-tugas untuk Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

    Pada 1hb. Januari 1932 kedua-dua jabatan telah disatukan menjadi satu Perkhidmatan Kerja Raya Malaya yang berpusat di Singapura dengan nama ‘Pengarah Kerja Raya, Negeri-Negeri Selat’ dan ‘Penasihat Kerja Raya Negeri Melayu’.

    Pada tarikh yang sama, cawangan hidrolik bagi Negeri-Negeri Bersekutu Jabatan Kerja Raya telah dijadikan satu jabatan yang berasingan digelar Perkhidmatan Parit dan Taliair diketuai oleh ‘Pengarah Parit dan Taliair, Negeri-Negeri Selat dan Penasihat bagi Parit dan Taliair, Negeri-Negeri Melayu’.

    Ringkasan Sejarah JKR