Piagam Pelanggan

  • Semua permohonan untuk mengeluarkan hasil-hasil hutan atau menjalankan kilang berasaskan kayu akan diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  • Lesen-lesen untuk mengeluarkan hasil hutan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh kelulusan diberi, setelah semua syarat kelulusan dipatuhi.
  • Lesen untuk menjalankan kilang berasaskan kayu akan dikeluarkan dalam tempoh masa tidak melebihi satu (1) bulan dari tarikh siap kilang dibina setelah memenuhi semua syarat kelulusan.
  • Keputusan mengenai permohonan melanjutkan tempoh lesen mengeluarkan hasil hutan atau lesen menjalankan kilang berasaskan kayu akan diberi dalam tempoh tidak melebihi satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima.
  • Menghargai maklumat serta maklum balas yang diterima dari orang awam. Semua aduan kesalahan hutan akan diambil tindakan dalam masa tidak melebihi tiga (3) hari.
  • Memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin serta layanan yang mesra setiap kali.