Perutusan Jurutera Daerah

 

Syukur ke hadrat Allah S.W.T, Jabatan Kerja Raya Daerah Pendang dapat bersama-sama menyahut seruan kerajaan dalam memperkenalkan jabatan kerajaan secara maya bagi memudahkan urusan seharian. Selamat datang diucapkan dan selamat melayari laman sesawang Jabatan Kerja Raya Daerah Pendang.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Laman Web JKR Negeri Kedah kerana diberikan ruang untuk saya menyampaikan ucapan aluan di dalam laman sesawang JKR Negeri Kedah.

Adalah menjadi matlamat JKR Daerah Pendang untuk memastikan organisasi ini berfungsi dengan cekap, bersih dan amanah demi mencapai objektif jabatan.

Sejajar, dengan hasrat JKR Daerah Pendang untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya, segala urusan di laman sesawang ini diharapkan dapat memudahkan pelanggan berurusan secara maya dan pengguna berasa selesa untuk melayari laman sesawang yang berinformasi ini.  JKR Daerah Pendang juga mengalu-alukan sebarang aduan, pertanyaan, maklumbalas dan cadangan yang berguna untuk kebaikan bersama. Mudah-mudahan perkhidmatan yang terbaik dapat terus diberikan kepada semua.

Akhir Kata, saya berharap agar laman sesawang ini dapat memberikan manfaat yang sebaiknya kepada semua.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA” 

Ir. Ts. SHAFIZ SHAM BIN HJ. MD NOR, ACPE
Jurutera Daerah,
Jabatan Kerja Raya Pendang,
Kedah Darul Aman.

Jurutera Daerah Pendang

Ir. Ts. Shafiz Sham Bin Hj Md Nor, ACPE

©2023. Hak Cipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman @jkrkedah