Ir. Ts. SHAMSUL BIN ABD MANAF

JURUTERA DAERAH PADANG TERAP / POKOK SENA

Perutusan Jurutera Daerah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi JKR Daerah Padang Terap / Pokok Sena.

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat mengunjungi laman web JKR Daerah Padang Terap / Pokok Sena yang merupakan jabatan teknikal dibawah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah. Jabatan ini dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan jalanraya dan bangunan dibawah peruntukan Negeri dan Persekutuan serta memberi khidmat nasihat teknikal kepada jabatan-jabatan kerajaan yang memerlukannya di daerah Padang Terap / Pokok Sena.

Kami berharap para pengunjung akan mendapat pelbagai maklumat dan informasi yang lebih manfaat dengan melayari laman web ini. Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau cadangan sila hubungi kami melalui pautan yang disediakan.

Kami amat mengalu-alukan sebarang maklumbalas dan cadangan yang membina agar jabatan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Kami berharap perkhidmatan yang diberi akan dapat dipertingkatkan lagi melalui penambahbaikan secara berterusan di laman web ini.

Selamat melayari laman web rasmi JKR Daerah Padang Terap / Pokok Sena.

©2023. Hak Cipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman @jkrkedah