Perutusan Jurutera Daerah Langkawi

©2023. Hak Cipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman @jkrkedah

ir.ts.khairul azlan bin abdullah

Jurutera Daerah Langkawi

ssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Laman Web Jabatan Kerja Raya Daerah Langkawi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga kerja pasukan laman web JKR Langakwi di atas usaha dalam mewujudkan website rasmi Jabatan Kerja Raya Daerah Langkawi. Laman web Jabatan Kerja Raya Daerah Langkawi dibangunkan dengan tujuan untuk memperkenalkan jabatan ini kepada masyarakat awam sera menjadi saluran alternatif bagi penyaluran maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan Jabatan ini. Diharapkan melalui medium ini masyarakat dapat mengenali JKR Langkawi dan sebagai platform untuk mendapatkan informasi berkaitan JKR.

Kandungan laman web ini adalah diharapkan dapat dimanfaatkan oleh semua pegawai dan kakitangan dalam mempertingkatkan lagi prestasi kerja dan sistem penyampaian selari dengan misi JKR.

Adalah menjadi harapan saya semoga maklumat-maklumat yang disedikan ini dpat memberi manfaat kepada semua pemegang taruh (Steakholder) JKR Langkawi.

Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan yang membina daripada tuan-tuan dan puan-puan ke arah memantapkan lagi maklumat dan kemudahan yang disediakan ini.

selamat melayari laman web JKR Daerah Langkawi.

Sekian, terima kasih.