Ir. AHMAD SHAHRIL AZLI BIN IDRIS

Jurutera Daerah JKR Kubang Pasu

Perutusan Jurutera Daerah

Assalamualikum Warahmatullahi Wabaraktuh,

Salam sejahtera kepada semua pelanggan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan selamat datang ke Laman Portal JKR Daerah Kubang Pasu.

Pertama sekali saya ingin melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata dalam Portal Web Rasmi JKR Daerah Kubang Pasu ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pegawai – pegawai yang terlibat dalam pembangunan portal ini. Sesungguhnya dengan berkat kesungguhan dan kegigihan mereka, portal ini telah dapat dibangunkan dengan sempurna dan jayanya. Saya amat berterima kasih dan semoga usaha seperti ini dapat diteruskan di masa ke semasa.

Dengan adanya portal ini, semua pelanggan yang mengunjungi Portal Web Rasmi JKR Daerah Kubang Pasu dapat berkongsi maklumat bersama-sama JKR Daerah Kubang Pasu dengan lebih cepat dan mudah. Antara maklumat yang dapat dikongsi bersama adalah Sejarah Penubuhan JKR Kubang Pasu, Profil Jabatan, Organisasi dan Fungsi JKR Kubang Pasu, Iklan Tender dan Sebutharga yang ditawarkan dan sebagainya. Melalui maklumat yang disediakan di Portal Web Rasmi JKR Kubang Pasu ini, komunikasi dan perhubungan terus akan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan efektif.

Saya juga berharap dengan adanya Portal Web Rasmi JKR Daerah Kubang Pasu akan dapat membantu menyelesaikan aduan orang ramai dengan cekap dan berkesan. Saya juga turut mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan, komen dan juga pendapat serta saranan daripada semua pelanggan JKR Daerah Kubang Pasu, bagi memperbaiki dan meningkatkan lagi kandungan dan kualiti portal ini disamping memudahkan orang ramai membuat aduan dan menyemak status aduan mereka serta mendapat informasi mengenai Jabatan Kerja Raya Daerah Kubang Pasu.

Sekian, Terima Kasih.

JURUTERA DAERAH
JABATAN KERJA RAYA
 DAERAH KUBANG PASU

©2023. Hak Cipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman @jkrkedah