JURUTERA DAERAH KUALA MUDA

MOHAMAD AZMI BIN YAAKOB

Perutusan Jurutera Daerah

Sekalung tahniah kepada pasukan Jawatankuasa Kerja ICT JKR Negeri Kedah di atas komitmen berterusan untuk memastikan laman web Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda berjaya direalisasikan sebagai salah satu wadah penyampaian maklumat rasmi jabatan untuk manfaat semua.

Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memberikan penyampaian perkhidmatan melalui sistem yang lebih efisien, JKR Daerah Kuala Muda selaku salah sebuah agensi pelaksana akar umbi di agensi teknikal terulung negara sentiasa bersedia ke depan dalam menerajui pembangunan negara yang merangkumi pengurusan pelaksanaan projek pembangunan, penyenggaran fasiliti Kerajaan, penyenggaraan fasiliti jalan Persekutuan dan Negeri dan juga khidmat nasihat teknikal. 

Dengan wujudnya laman web ini, semua pengguna di alam maya boleh mendapatkan maklumat yang tepat dan relevan dengan peranan dan tugas jabatan serta laporan aktiviti/program yang diadakan dari masa ke masa. Semoga dengan adanya laman web ini dapat meningkatkan lagi semangat dan keazaman seluruh warga JKR Daerah Kuala Muda untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik demi agama, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih 

SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB JKR Daerah Kuala Muda

©2023. Hak Cipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman @jkrkedah

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.