Ir. ASRUL EFFENDI BIN JAMLUS

JURUTERA DAERAH BALING

Perutusan Jurutera Daerah

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,

Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Baling. Dengan melayari laman web ini, diharapkan ianya akan memberi maklumat dan penerangan yang jelas mengenai fungsi serta perkhidmatan yang diberikan oleh JKR Daerah Baling.

Sebagai agensi teknikal utama Kerajaan, JKR telah diamanahkan untuk melaksanakan projek pembangunan, penyelenggaraan aset dan memberi khidmat nasihat teknikal kejuruteraan terutamanya untuk projek-projek
Kerajaan.

Adalah menjadi matlamat JKR Daerah Baling untuk memastikan agar jabatan ini dapat memberikan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan demi untuk mencapai visi, misi dan objektif jabatan iaitu
“Menyerahkan produk dan melaksanakan perkhidmatan penyenggaraan yang menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum”.

Sehubungan dengan itu, JKR Daerah Baling berazam untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada
pelanggan melalui amalan terbaik yang berterusan di dalam segala bidang yang telah dipertanggungjawabkan.

Selain itu juga, JKR Daerah Baling mengalu-alukan sebarang , cadangan, maklumbalas, pertanyaan dan aduan untuk kebaikan jabatan dan juga semua. Jabatan ini akan memberikan perkhidmatan terbaik dan cemerlang untuk anda sepanjang masa.

Akhir kata, kami berharap agar segala maklumat yang telah disampaikan melalui laman web ini dapat memberikan manfaat kepada semua dan juga pelanggan-pelanggan JKR Daerah Baling.

 

©2023. Hak Cipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman @jkrkedah