Portal Rasmi PTG Kedah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah
BM | ENG
December, 2024
Dasar
Pengurusan Tertinggi
Objektif
Memperkasakan proses pembangunan tanah melalui tindakan mengkaji, menyemak, menyelia, mengkoordinasi dan merekayasakan dasar-dasar berkaitan pembangunan tanah melalui mekanisma berikut:
- Membekalkan sumber rujukan dasar berkaitan pembangunan tanah
- Mengadakan perancangan proses kerja (S.O.P)
- Mengkaji/mengadakan sesuatu dasar berkaitan pembangunan tanah dar masa ke semasa berdasarkan kehendak ‘stakeholder‘ dan mengikut kehendak peruntukan undang-undang Kanun Tanah Negara (KTN) atau lain-lain undang-undang berkaitan
- Sebagai sokongan kepada proses pembangunan tanah
- Menyediakan aktiviti proses standard berdasarkan ‘national standard‘ tertakluk kepada KTN
- Meneliti, mengkaji dan merangka solusi dari masa ke semasa bagi setiap permasalahan yang berbangkit
Fungsi
Untuk memastikan Pentadbiran Tanah Kedah mempunyai rujukan yang terkini serta diurus dengan cekap dan efisien bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti proses pembangunan tanah selaras dengan tuntutan semasa
Piagam Pelanggan
Menyediakan maklumat dan dasar untuk memastikan keputusan dan proses yang dibuat berasaskan peruntukan undang-undang bagi penyampaian maklumat berkualiti dalam pembangunan Negeri bertujuan untukĀ mengelakkan karenah birokasi