Portal Rasmi PTG Kedah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah
BM | ENG
January, 2025
Kewangan
Pengurusan Tertinggi
NOORHAYATI BINTI MD SOBERI
PENOLONG PENGARAH TANAH DAN GALIAN (KHIDMAT PENGURUSAN)
Abigayle Vega
Timbalan Pengarah
Alena Donald
Timbalan Pengarah ||
Objektif
Melaksanakan satu Sistem Pengurusan Kewangan dan Akaun yang cekap, kemas, berkesan dan amanah berlandaskan prosedur pembayaran yang telah ditetapkan oleh pekeliling dan arahan perbendaharaan yang berkuatkuasa.
Fungsi
PENGURUSAN BAJET
Menyedia Anggaran Belanja Mengurus Bagi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman mengikut Aktiviti seperti berikut :
- 101000 – Pentadbiran, Perundangan dan Audit
- 102000 – Pengurusan
- 103000 – Pendaftaran
PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN
- Menyedia dan menyelaras kepada semua teguran audit yang melibatkan bayaran.
- Mengurus Permohonan Pindah Peruntukan.
- Menyedia Penyata Penyesuaian Vot Mengurus.
- Menyedia dan mengurus Panjar Wang Runcit.
- Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)
- Menyedia Pengeluaran Waran Perjalanan udara.
- Menyedia dan mengurus permohonan pinjaman kenderaan dan komputer.
PENGURUSAN PESANAN KERAJAAN
- Menyedia pesanan kerajaan bagi perbelanjaan bekalan, perkhidmatan dan aset jabatan.
PENGURUSAN PEMBAYARAN GAJI
- Menyedia dan mengurus bayaran Emolumen Kakitangan Tetap dan Kontrak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
- Menyedia dan mengurus bayaran Emolumen Kakitangan Kontrak bagi Pejabat-pejabat Tanah Daerah Negeri Kedah.
- Menyedia dan mengurus bayaran potongan KWSP, PERKESO dan institusi kewangan yang lain.
- Menyedia dan mengurus bayaran Bantuan Kewangan (Bonus)
PENGURUSAN PEMBAYARAN BIL DAN TUNTUTAN
- Mengurus bayaran tuntutan elaun perjalanan bagi kakitangan tetap dan kontrak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dan kakitangan kontrak Pejabat-pejabat Tanah Daerah Negeri Kedah.
- Mengurus bayaran tuntutan elaun lebih masa bagi kakitangan tetap dan kontrak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dan kakitangan kontrak Pejabat-pejabat Tanah Daerah Negeri Kedah.
- Mengurus bayaran tuntutan bayaran keluar stesen yang melibatkan pertukaran dalaman Jabatan.
- Mengurus bayaran bil-bil TNB, Touch N Go, Telekom (TM), SADA dan Indah Water secara Pukal.
- Mengurus bayaran-bayaran balik bagi Bil Telefon, Pembayaran Pembelian Telefon, Elaun Pakaian Panas dan lain-lain.
- Mengurus bayaran penggunaan minyak dan diesel kenderaan jabatan (SHELL)
Piagam Pelanggan
1. Memberi perkhidmatan dan layanan terbaik kepada semua pelanggan sepanjang masa
2. Pembayaran gaji dan elaun bagi kakitangan lantikan baru dan pertukaran dari tarikh penerimaan laporan perubahan gaji (kew.8) / slip gaji akhir (LCP) dalam tempoh sebulan
3. Pengurusan bayaran bil, tuntutan serta perolehan bekalan dan perkhidmatan dalam tempoh 14 hari
4. Menyediakan Sistem Belanjawan Diubahsuai Tahunan mengikut masa yang ditetapkan
5. Menjawab pertanyaan audit mengikut masa yang ditetapkan