PELANCARAN APLIKASI MUDAH ALIH ADUAN KEROSAKAN JALAN (MY JALAN)

PELANCARAN APLIKASI MUDAH ALIH ADUAN KEROSAKAN JALAN (MY JALAN)

Kementerian Kerja Raya telah melancarkan Aplikasi Mudah Alih Aduan Kerosakan Jalan iaitu MyJalan.
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play, App Store dan Huawei AppGallery.
Bagi memastikan aduan yang dihantar dapat diproses untuk tindakan selanjutnya dengan segera, pastikan langkah berikut dilaksanakan;
  • Kemukakan aduan dengan menyatakan maklumat peribadi yang sah, emel yang betul dan tidak menggunakan nama samaran.
  • Hantar lokasi aduan yang tepat.
  • Jatuhkan pin pada peta (Pinned map) mengikut lokasi aduan yang sebenar.
  • Lampirkan foto yang jelas.
Maklumat yang lengkap, informasi yang jelas dapat membantu pihak KKR memproses aduan dengan segera untuk tindakan selanjutnya.