Ir. Yulinar Binti Ismail
Perutusan Jurutera Daerah
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Laman Web rasmi JKR Kedah. Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih mewakili JKR Kulim / Bandar Baharu kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk memberikan kata-kata aluan dalam web ini.
Harapan saya semoga laman web ini akan menjadi wadah penyampaian maklumat yang berkesan kepada orang ramai dan menjadi medium komunikasi yang berkesan. Segala tugasan, maklumat dan pencapaian jabatan dapat dicapai dihujung jari walau dimana berada.
Akhir sekali, saya berharap supaya laman web ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak.
Ir. YULINAR BINTI ISMAIL
Jurutera Daerah
JKR Kulim / Bandar Baharu
©2023. Hak Cipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman @jkrkedah