𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐋𝐚𝐦𝐛𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐒𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐝

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐋𝐚𝐦𝐛𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐒𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐝

.
Alor Setar | 5 Oktober 2023 – Satu ‘Majlis Lambaian Kasih, Sanjungan Budi’ telah diadakan pada hari ini yang bertempat di Jerai Hotel, Alor Setar bagi memberi penghargaan serta mengenang jasa dan bakti kakitangan JKR Daerah Pendang yang telah berkhidmat di jabatan ini.
.
Pada majlis tersebut, Jurutera Daerah JKR Pendang, Ir. Ts. Shafiz Sham Bin Hj. Md Nor, ACPE., telah memberikan ucapan kata aluan sebagai pembuka majlis.
Juga diadakan satu sesi pemberian cenderahati kepada pegawai dan kakitangan JKR Pendang yang kehilangan ahli keluarga serta kepada mereka yang telah menerima cahaya mata, sumbangan daripada Kelab Sukan & Kebajikan JKR Pendang.
.
Turut hadir bersama ialah Jurutera Awam Penguasa Jalan JKR Kedah, Muhamad Yusri Bin Hamid, Jurutera Daerah Sik, Ir. Ts. Shahneezam bin Abdul Rahman, Jurutera Daerah Yan, Ir. Shahrudin bin Halim, Tuan Baharudin bin Ahmad, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Pendang serta Jurutera Jalan JKR Pendang dan Jurutera Bangunan JKR Pendang.
.
𝘉𝘦𝘳𝘥𝘢𝘺𝘶𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘯 𝘬𝘦 𝘛𝘢𝘯𝘢𝘩 𝘚𝘦𝘮𝘦𝘯𝘢𝘯𝘫𝘶𝘯𝘨
𝘏𝘦𝘯𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘭𝘪 𝘵𝘪𝘬𝘢𝘳 𝘳𝘰𝘵𝘢𝘯
𝘉𝘶𝘥𝘪 𝘥𝘪𝘬𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘬𝘵𝘪 𝘥𝘪𝘴𝘢𝘯𝘫𝘶𝘯𝘨
𝘒𝘦𝘬𝘢𝘭 𝘴𝘶𝘣𝘶𝘳 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘢𝘯
.
𝒥𝒜𝒮𝒜𝑀𝒰 𝒟𝐼𝒦𝐸𝒩𝒜𝒩𝒢, 𝐵𝒰𝒟𝐼𝑀𝒰 𝒟𝐼𝒮𝒜𝒩𝒥𝒰𝒩𝒢. ❤️
.