.
𝟭𝟰 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟯 – Jurutera Daerah JKR Pendang, Ir. Ts. Shafiz Sham Bin Hj. Md Nor, menerima kunjungan hormat oleh Pengarah Hospital Pendang, Mejar Bersekutu (PA) Dr. Muhammad Shauqi Bin Hj. Abdul Kadir di Pejabat Jurutera Daerah Pendang.
.
Pertemuan ringkas ini merupakan kunjungan rasmi pertama kali oleh Pengarah Hospital Pendang, Mejar Bersekutu (PA) Dr. Muhammad Shauqi Bin Hj. Abdul Kadir ke Pejabat Jurutera Daerah Pendang bersempena Hospital Pendang yang secara rasminya telah mula beroperasi di daerah Pendang pada ketika ini.
.
Dalam kunjungan beliau ini juga membincangkan isu-isu semasa khasnya yang melibatkan kesihatan penduduk serta objektif organisasi Hospital Pendang kepada orang ramai khususnya di daerah Pendang.
.