𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐍𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐉𝐊𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐍𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐉𝐊𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

.
.
𝟭𝟭 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟯 – Satu sesi penyerahan Nota Serah Tugas telah diadakan secara ringkas di Pejabat Jurutera Daerah Pendang pada.Tujuan diadakan sesi penyerahan ini bersempena meraikan dan mengalukan kedatangan Encik Mohd Rahimi Bin Murad iaitu Jurutera Bangunan yang baharu bagi menggantikan kekosongan tempat Jurutera Bangunan terdahulu yang telah bertukar.
.
Beliau sebelum ini merupakan seorang pegawai daripada kakitangan Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang dan kini bakal menyambungkan tugas beliau serta menggalas tanggungjawab baru sebagai Jurutera Bangunan di JKR Daerah Pendang.
.
Semoga pengalaman luas beliau sebagai seorang Jurutera di bandaraya yang pesat membangun sebelum ini dapat dicurahkan dan dijelmakan pula di JKR Daerah Pendang agar jabatan ini menjadi jabatan pelaksana yang lebih baik saban hari demi kebaikan semua serta rakyat di Daerah Pendang.
.
Selamat datang kami ucapkan kepada Encik Mohd Rahimi Bin Murad dan selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah, berdedikasi serta bertanggungjawab.
.